Lelaki maut, motosikal berkuasa tinggi terbakar

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


KUALA PILAH – Seorang lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Seremban – Kuala Pilah berhampiran dengan kawasan rekreasi Ulu Bendul, semalam.


Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, mangsa Mohd Shairul Shahrum, 31, maut dan motosikalnya hangus terbakar akibat kemalangan itu.


Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban kerana mengalami kecederaan parah di bahagian badan.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian.


Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RD 250 dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka mengekori sebuah kereta jenis Nissan Xtrail.


“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, secara secara tiba-tiba pemandu kereta Nissan Xtrail dikatakan masuk ke simpang sebelah kanan.


“Mangsa yang datang dari arah belakang gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar sisi kanan kereta terbabit.


“Pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya manakala motosikal yang ditunggangi mangsa hangus terbakar,” katanya.


Jelas Haslah, mangsa telah dikejarkan ke HTJ bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu kereta Nissan Xtrail tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurut Haslah, punca kemalangan masih disiasat dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.


Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]