Mangsa nahas saling bertindih, seorang tercampak

in Semasa by


TAPAH – Keadaan mayat mangsa nahas membabitkan van dan sebuah lori


di Kilometer 45 Jalan Teluk Intan-Ipoh berhampiran Kampung SMTD, Ayer Kuning, pagi tadi, saling bertindih antara satu sama lain.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Rani Md Hanafiah berkata, semua penumpang van terperosok ke bahagian depan kenderaan dengan seorang daripadanya tercampak keluar.


Menurutnya, anggota bomba mengambil masa antara 15 hingga 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa.


“Sebaik anggota tiba, terdapat tiga mangsa tersepit, seorang merupakan pemandu lori, sementara dua lagi pemandu dan penumpang van,” katanya.


Beliau berkata, 12 anggota dengan bantuan balai Kampar dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 6.42 pagi.


“Keadaan lokasi masih gelap, namun kerja menyelamat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya.


Setakat ini, dua mangsa maut dikenal pasti iaitu pemandu van, Lew San Jau, 32, berlamat di Kampung Baru Malim Nawar dan seorang penumpang, Lai Kwai Lan, 77, dari Kampung Baru Ladang Banir, Temoh.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]