Naskhah al-Quran terhad

in Edisi by


BAKONG – Banjir saban tahun menyebabkan al-Quran di Sekolah Kebangsaan Bakong mengalami kerosakan.


Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah, Ahmad Anuar Husin berkata, ia memaksa murid sekolah ini bergilir ketika mengaji al-Quran di sekolah.


Menurutnya, bukan sahaja ketika kelas Pendidikan Agama Islam, murid di sini juga menggunakan al-Quran ketika Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).


“Walaupun bilangan murid di sekolah ini tidak ramai, namun keperluan kitab suci ini sangat diperlukan.


“Kita anggarkan sebanyak 110 al-Quran diperlukan bagi keperluan anak-anak di sini,” katanya.


Beliau berkata, Bakong merupakan antara kawasan yang sering dinaiki banjir, malah antara kampung yang paling lama terjejas.


Maka katanya, hanya sebahagian kecil al-Quran dan buku ilmiah berjaya diselamatkan.


“Bukan itu sahaja, disebabkan sekolah ini turut dijadikan sebagai pusat pemindahan, maka al-Quran yang sama dapat digunakan mangsa sepanjang musim banjir,” katanya.


Menurutnya, dia mengalu-alukan sebarang sumbangan kerana kitab ini merupakan antara keperluan yang digunakan murid sepanjang masa.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]