Individu disyaki pemandu treler direman

in Semasa by


SEREMBAN – Seorang lelaki direman selama tiga hari selepas dihadapkan ke Mahkamah Khas Reman Seremban, di sini, hari ini.


Lelaki berusia 59 tahun itu disyaki memandu treler yang menjadi punca kemalangan di Kilometer 270.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Seremban, di sini, pada Jumaat lalu.


Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Seremban, Emysuriana Muhammad Subry membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan lelaki berkenaan sehingga 31 Oktober ini, bagi membantu siasatan.


Sinar Harian melaporkan hari ini, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin turut meminta individu bernama P Kanes, 29, dengan alamat terakhir di Jalan Tembusu, Bukit Rotan, Selangor yang dipercayai merupakan pemandu treler terbabit, tampil membantu siasatan.


Ini berikutan selepas kejadian yang mengorbankan dua warga emas berusia 62 dan 60 tahun itu, pemandu treler tersebut dipercayai melarikan diri.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]