JCM 2017: Terengganu bolot enam emas

in Sukan by


TERENGGANU menepati ramalan apabila mendominasi hari kedua Kejohanan Berbasikal Remaja Malaysia (JCM) 2017 di Velodrom Nasional, Nilai, semalam.


Daripada 12 pingat emas dipertandingkan, Terengganu merangkul tujuh emas keseluruhan menerusi acara 500 meter ujian masa lelaki bawah 15 (B-15), 4KM team pursuit lelaki B-17, 2KM Individual lelaki B-15, 2KM individual pursuit wanita B-17, pecut wanita B-17, pecut wanita B-23 dan 2KM flying lelaki B-15.


“Rata-rata mereka adalah pelumba baru dan masih membiasakan diri dalam kejohanan trek, namun mereka berjaya memberi aksi cemerlang dan saya sangat berpuas hati.


“Selain platform pendedahan kepada pelumba baru, kami juga menjadikan kejohanan ini sebagai persiapan menghadapi Sukma (Sukan Malaysia) tahun hadapan,” kata jurulatih, Syed Muhammad Husaini Syed Mazlan.


JCM 2017 kali ini mempertandingkan 19 pingat emas.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]