Koleksi ‘long dress’ Mawar

in Bisnes by


LEBIH satu dekad mengukir nama di persada fesyen tanah air, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) masih kekal menjadi pilihan utama wanita yang inginkan fesyen yang eksklusif lagi elegan.


Bagi pelanggan setia Fareeda, pastinya sedia maklum mengenai keistimewaan rekaan Fareeda khususnya tudung dan koleksi pakaiannya adalah kerana jahitannya yang kemas dan seni rekaan yang merupakan ‘jiwa’ kepada pengasasnya sendiri, Faridah Zakaria.


Siapa yang tidak tertawan melihat rekaan fesyen pakaian dan tudung yang menarik hasil tangan yang asli daripada pengasasnya yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Kini Fareeda menampilkan long dress berjenama Mawar mempunyai rekaan unik, perincian yang menarik dan selesa.


Pengurusnya, Mawar Abdul Karim berkata, koleksi istimewa itu menyaksikan Fareeda bereksperimen dengan rona pastel, corak flora dan pelbagai corak yang menarik.


“Idea untuk menghasilkan busana long dress ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada wanita dan penggemar long dress yang mahu tampil menawan. Kami menampilkan rekaan yang menarik, praktikal serta mudah disuai padan dengan seluar, tudung dan sebagainya,” katanya.


Beliau berkata, long dress ini juga sesuai digayakan pada majlis formal atau santai, pakaian kerja dan sebagainya.


“Setiap rekaan long dress ini dijahit dengan penuh teliti dan halus yang memerlukan daya kreativiti dan kesabaran sehingga menghasilkan sehelai long dress yang begitu indah,” katanya.


Mawar berkata, semua rekaan itu 100 peratus dijahit di Kilang Fareeda sendiri yang terletak di No 2 & 4 Jalan P/5, Kawasan Perindustrian Bangi, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.


Praktikal tanpa mengenepikan gaya


Kebanyakan pakaian Muslimah di pasaran tempatan memenuhi cita rasa wanita, bagaimanapun Mawar berkata, koleksi Mawar ini berbeza berbanding koleksi pakaian Muslimah di pasaran kerana ia bersifat praktikal tanpa mengenepikan gaya.


“Kami menampilkan long dress yang boleh dijadikan cardigan tampak seimbang yang sesuai untuk wanita moden. Long dress ini juga padanan sesuai untuk mereka yang mahu tampil kasual,” katanya.


Beliau berkata, pada peringkat permulaan, Fareeda menggunakan material jenis Italian Cotton Exclusive yang terkenal dengan kualiti tinggi, tidak panas dan sesuai dengan cuaca Malaysia serta fabrik ini bersifat tidak mengikut tubuh.


“Setiap rekaan dalam koleksi ini membolehkan wanita menggayakannya, malahan sesuai untuk mereka yang menjadi bakal ibu. Selain jahitan yang kemas, ia dilengkapi zip di bahagian hadapan yang memudahkan untuk menyusukan anak serta dilengkapi saku disatukan untuk berikan kelainan kepada pemakainya,” katanya.


Katanya, rekaan pada tangan dipelbagaikan agar lebih eksklusif seperti tangan beropol dan flare.


“Setiap rekaan dalam koleksi ini membolehkan wanita menggayakannya begitu saja atau dihiasi aksesori yang ingin ditampilkan.


“Fareeda juga gemar bermain dengan elemen polos dan rekaan minimal. Saya mahu wanita mengenakan busana Mawar tampil dengan penuh keyakinan,” katanya.


Katanya, rekaan yang dihasilkan adalah basic long dress bersesuaian untuk majlis formal dan santai, saiz yang disediakan dari XS sehingga XXXL.


Tampil 10 koleksi


Mawar berkata, pada peringkat permulaan, Fareeda menampilkan 10 koleksi dan bersesuaian dengan strategi Fareeda untuk membuat penjualan pada kadar volum yang kecil untuk mencetuskan rasa eksklusif kepada para pelanggan menginginkan tampil berbeza.


“Harga pengenalan yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu RM130 sahaja iaitu harga gudang kerana harga asal adalah RM240. Fareeda menjangkakan akan mengeluarkan lebih banyak koleksi long dress secara berperingkat.


“Long dress itu berada di pasaran pada 28 Oktober lalu dan dijangkakan akan dijual secara dalam talian pada November nanti.


“Fareeda mempelawa mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk mendapatkan koleksi tersebut,” katanya.


Mawar juga memberitahu, Fareeda sering mencabar diri untuk menghasilkan sesuatu yang baharu, sama ada rekaan, pemilihan warna, penggunaan fabrik dan perincian yang ingin ditampilkan.


“Walaupun sebelum ini, Fareeda mengeluarkan koleksi busana, koleksi long dress ini mencabar dirinya untuk menyediakan koleksi untuk wanita yang perlu diseimbangkan antara gaya dan praktikaliti,” katanya.


Mereka yang berminat untuk membuat sebarang tempahan, boleh menghubungi Kilang FAREEDA Group di talian 03-89275500 atau WhatsApp 013-242 2830 dan 010-4038509.


Mereka juga boleh mengunjungi Facebook: FAREEDA..Nyata Jelita dan Instagram FAREEDA Group.


Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala pada Sabtu, ia dibuka pada jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]