Mahasiswa disaran ceburi industri kreatif

in Edisi by


KOTA BHARU – Mahasiswa disarankan menceburi industri kreatif bagi mengetengahkan keusahawanan komersial bertemakan batik dalam usaha meningkatkan produktiviti baharu.


Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK),  Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, platform terbabit juga dapat membudayakan  industri batik selain menjana ekonomi.


“Dengan kreativiti dan hasil idea baru dalam industrial batik juga dapar menjana kreativiti pelajar sebagai pewaris generasi muda untuk menghasilkan rekaan terbaru.


“Kita juga harap usaha pihak UMK yang turut mengambil langkah progresif menganjurkan minggu Feista Batik Malaysia 2017 ini dapat mengembangkan bakat mahasiwa untuk diketengahkan ke peringkat luar, ” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Minggu Fiesta Batik Malaysia 2017 di sini, hari ini.


Hadir sama,  Naib Canselor UMK,  Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.


Hamad turut memuji langkah UMK yang berusaha mengadakan program seumpama itu memandangkan kini industri batik kian tepu dan memerlukan pendekatan baharu.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]