Pas solat hajat di Wisma Tok Guru

in Politik by


KOTA BHARU – Sejurus berakhirnya notis pengosongan Wisma Tok Guru di Salor 16 November ini, Pas Kelantan akan menganjurkan himpunan kesyukuran dan majlis solat hajat diperkarangan bangunan itu.


Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, program ini adalah menifestasi kesyukuran rakyat setelah bangunan itu berjaya diambil alih.


“Ramai yang menghabis tenaga dan kewangan demi  mendirikan bangunan ini sebelum  ini.  Majlis ini dibuat tanda kesyukuran setelah tamat tempoh notis pengosongan keluar.


“Ini adalah proses biasa yang dibuat melalui pemegang amanah, kita ada perancangan terhadap bangunan tersebut,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Terdahulu sebelum ini, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan pihaknya tidak akan mengosongkan bangunan itu sehingga ada satu keputusan daripada mahkamah.


Konflik itu tercetus apabila Pas berjaya membeli bangunan itu daripada balu pemilik bagunan Datuk Ahmad Rosli Ibrahim dengan transaksi jualan mencecah RM700 ribu.


Che Abdullah  bagaimanapun menafikan tindakan menganjurkan majlis itu bersifat povokasi, sebaliknya ia akan diadadakan dalam keadaan yang aman dan tidak menganggu mana-mana pihak.


“Kita akan minta orang ramai yang hadir dengan air sembahyang dari rumah lagi, kita bukan nak benda lain, sebaliknya melahirkan tanda kesyukuran,” katanya.


Ditanya tindakan Amanah yang hanya mahu mengosongkan bagunan ini selepas mendapat arahan mahkamah, Che Abdullah  berkata, tidak semua perkara melalui proses mahkamah.


“Tidak semua mahkamah buat keputusan, kita nak masuk rumah kita sahaja,” katanya.


Dalam pada itu ditanya, dakwaan Datuk Husam mengatakan wang yang dibeli itu hasil royalti pembalakkan, Che Abdullah enggan mengulas, sebaliknya menyatakan ia adalah wang jemaah.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]