Polis kenal pasti Datuk Seri pukul anggota Rela

in Semasa by


KAJANG – “Polis telah mengenal pasti ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul tiga anggota Rela semasa bertugas,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Memetik laporan Mstar, Menteri Dalam Negeri itu mengarahkan lelaki berkenaan supaya menyerahkan diri kepada polis secepat mungkin.


“Saya ingin menekankan bahawa setiap orang tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-undang, tidak kira sama ada anda mempunyai gelaran atau tidak.


“Bergelar Datuk bukan lesen untuk berkelakuan sedemikian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Penjara Kajang pada Ahad.


Kejadian tiga anggota Rela dipukul berlaku pada pagi Jumaat dekat sebuah kuil di Ampang, apabila kereta milik Datuk Seri itu menghalang lalu lintas.


Insiden yang dirakaman itu menunjukkan seorang lelaki memukul anggota Rela, tanpa membalasnya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]