Rohani tekankan kepentingan masa berkualiti

in Nasional by


KUALA LUMPUR – “Ibu bapa perlu menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak tanpa diganggu penggunaan gajet,” kata Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.


“Ketika masa berkualiti ini lah ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk berkomunikasi secara terus bersama anak-anak, mengambil tahu perihal terkini dan aktiviti seharian anak-anak mahupun pasangan,” katanya pada prapelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) di sini hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Mariam Mas Yacob. Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.


Rohani turut menjemput orang ramai untuk meraikan pelancaran sambutan BKK1M peringkat kebangsaan pada 4 November ini di Taman Metropolitan Kepong bermula 10 pagi.


Acara har ini turut menyaksikan 2,500 orang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka termasuk 30 kanak-kanak autistik menyertai larian ‘Kidzathon: Heroes In The City’ sempena prapelancaran BKK1M  bersama kementerian menerusi LPPKN dan Urban Health Sdn Bhd.


Siti Norlasiah ketika ditemui pemberita berkata LPPKN mahu melihat lebih banyak syarikat di negara ini mengadakan ‘Hari Keluarga’ ke arah mencapai keseimbangan kerja dan hidup.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]