1,415 graduan UiTM Kampus Jengka diraikan

in Nasional by


BANDAR JENGKA РSeramai 1,415 orang graduan diraikan dalam istiadat Konvokesyen  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka di sini, hari ini.


Daripada jumlah tersebut, 54 orang menerima Anugerah Naib Canselor manakala Anugerah Graduan Terbaik (Akademik Keseluruhan) yang juga penerima Anugerah Graduan Terbaik Peringkat Sarjana Muda telah diberikan kepada Anis Naema Atiyah Rafai, 24, penuntut jurusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran.


Anugerah Graduan Terbaik Peringkat Diploma pula diterima oleh Nursyahirah Amirah Zaharin,21, penuntut jurusan Diploma Statistik.


Pro Canselor UiTM, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Arshad Ayub berkata, istiadat tersebut merupakan konvokesyen kali ke lapan dijalankan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.


“Hari ini, tertitip satu lagi pencapaian oleh UiTM Cawangan Pahang serta seluruh warga kerjanya.¬† Buat kali kelapan, mereka diberikan amanah untuk menjalankan Istiadat Konvokesyen para graduannya di bumi Jengka ini.¬† Ini juga merupakan kunjungan rasmi saya yang kedua selaku Pro Canselor Universiti Teknologi Mara, untuk bersama-sama meraikan kecemerlangan graduan.


“Tahniah kepada para graduan, ibu bapa dan penjaga yang hadir di atas kejituan semangat untuk hadir memberikan sokongan atas kejayaan penuntut di dalam bidang pengajian masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan rasmi di Dewan Indera Segara, kampus tersebut.


Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Pahang, Profesor Dr Mohd Nazip Suratman;Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Madya Dr Azhan Hashim; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr Fauzi Azmi; Penolong Rektor Kampus Raub, Dr Khairi Khalid; Timbalan Pendaftar, Mohd Ehsan Amin,” dan Timbalan Bendahari, Zabedah Abdul Karim.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]