Hukuman buang daerah masih relevan?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pendekatan program membanteras jenayah buang daerah masih relevan untuk dikekalkan.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bagi memastikan tindakan ini kekal relevan kerajaan sentiasa bertindak proaktif dengan sentiasa menyemak kesesuaian susur atur program ini dari semasa ke semasa.


“Kerajaan akan terus mengkaji program ini untuk tambah baik pengisian program ke atas mereka agar terus relevan mengikut perkembangan semasa,” katanya dalam sesi Dewan Rakyat, hari ini.


Nur Jazlan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk William@ Nyallau Anak Badak (Lubuk Antu-BN) yang bertanyakan mengenai adakah kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah buang daerah yang nampaknya tidak berkesan sama sekali memberi pengajaran kepada para penjenayah yang terlibat.


Menjelaskan lanjut perihal ini, Nur Jazlan berkata beberapa undang-undang yang dianggap lapuk telah dipinda semula untuk memastikan program ini masih relevan.


“Pelbagai undang-undang seperti Pencegahan keganasan 2015 Pota dan Akta Dadah Berbahaya, Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 telah digubal di bawah perkara 149 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Katanya lagi, sebenarnya mereka (orang yang dibuang daerah) ini dipantau oleh Ketua Balai Polis.


“Mereka juga dibantu dapatkan kerja malah mereka juga diberi ruang untuk dapatkan kebajikan terutama untuk keluarga mereka.


“Antara bantuan boleh dimohon anak masuk sekolah, anak kurang upaya, warga emas semasa hilang mata pencarian,” katanya.


Namun ujarnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menilai dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil berhubung tindakan tersebut.


 


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]