Pengurup wang, pekerja cedera ditembak

in Edisi Selangor KL by


KAJANG – Seorang pengurup wang dan pekerjanya cedera ditembak di perhentian bas Bandar Teknologi kajang malam tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika pengurup wang wanita berusia 61 tahun menghantar pekerjanya dengan kenderaan Toyota Fortuner di perhentian bas berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata, Sorang lelaki yang memakai sarung muka melepaskan lebih lima das tembakan, selepas pekerja itu keluar dari kenderaan.


“Siasatan mendapati satu das tembakan mengenai rahang majikan wanita itu manakala satu lagi das tembakan mengenai dagu pekerja tersebut,” katanya.


Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan pekerjaan mangsa, pihaknya tidak menolak andaian kejadian itu bermotifkan samun.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]