Program sterilisasi mengawal jumlah pelarian Rohingya

in Global by


DHAKA – BANGLADESH. Pihak berkuasa kesihatan Bangladesh merancang program sterilisasi untuk mengawal jumlah pelarian Rohingya yang kini semakin sesak di Cox’s Bazar.


Pegawai perancang keluarga dilaporkan mengemukakan cadangan vasektomi ke atas lelaki Rohingya dan tubektomi terhadap golongan wanita kepada kerajaan, Jumaat lalu.


“Pemandulan lelaki adalah cara paling berkesan untuk kawal populasi Rohingya. Jika buat prosedur sterilisasi, mereka tidak akan hasilkan zuriat walaupun berkahwin empat atau lima kali,” kata Ketua Perkhidmatan Perancangan Keluarga, Pintu Kanti Bhattacharjee.   


Kaedah tersebut diperkenalkan selepas aktivis hak asasi manusia mendakwa ramai wanita Rohingya tidak melakukan perancangan keluarga kerana bimbang pihak berkuasa Myanmar memberi ubat yang akan memudaratkan mereka.


Menurut sukarelawan, Farhana Sultana, beberapa wanita Rohingya percaya kehamilan bantu melindungi mereka daripada menjadi mangsa rogol atau serangan lain di Myanmar lapor AFP.


Source: SH Global

[featured-video-plus]