10 cedera dalam nahas babitkan bas ekspres, lori

in Semasa by


JASIN – Sepuluh orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer (KM) 178.4 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) menghala utara dekat susur keluar persimpangan Jasin, pagi ini.


Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Rahizam Ruzali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada  kira-kira 9.48 pagi tadi.


“Laporan awal yang kami terima daripada pihak Plus sebanyak 10 orang cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Susulan kemalangan itu pihak Plus membuka laluan kontra kira-kira 11 pagi ini di KM 177.9 dan aliran trafik setakat ini perlahan di kedua-dua arah, katanya.- Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]