Anggota badan ditemui dalam peti ais

in Global by


TOKYO – JEPUN. Seorang lelaki ditahan selepas polis menemui anggota badan yang dipotong daripada sembilan mayat dalam sebuah peti ais.


Laporan BBC mengatakan Takahiro Shiraishi, 27, ditahan ketika polis sedang menyiasat kes kehilangan seorang wanita di sebuah apartmen.


Polis mendapati anggota badan ditemui padan dengan lapan mangsa wanita dan seorang mangsa lelaki.


“Saya bunuh mereka dan badan mereka dipotong untuk disembunyikan,” kata Takahiro dipetik laporan saluran nasional, NHK.


Seorang jiran suspek mengatakan bau busuk mula timbul selepas Takahiro berpindah masuk ke kawasan apartmen berkenaan pada Ogos.


Polis ketika itu sedang mencari seorang wanita berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang sejak 21 Oktober lalu.


Penyiasat menemui bukti mangsa menghubungi Takahiro selepas mangsa menyuarakan hasrat untuk membunuh diri.


Source: SH Global

[featured-video-plus]