Banjir: Sistem saliran perparitan tampung kapasiti

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Sistem saliran dan perparitan di sekitar Lebuhraya Persekutuan dapat menampung kapasiti hujan yang turun semalam.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hujan yang bermula jam 1 hingga 4 petang itu bukanlah tahap yang boleh mendatangkan banjir kerana kapasiti perparitan dapat menampung.


“Banjir kilat yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas berpunca daripada projek pembinaan berhampiran,” katanya.


Menurutnya, lumpur dan sampah sarap daripada projek pembangunan itu mengalir masuk ke dalam saliran perparitan sehingga menyebabkan ia melimpah ke jalan.


“Sepatutnya pemaju membuat kolam tadahan dan perangkap sampah agar hanya air sahaja mengalir masuk ke dalam parit,” katanya.


Semalam, pengguna lebuhraya arah Shah Alam berdekatan susur keluar ke Lebuhraya Kerinchi Link dan Pantai Dalam mengalami kesesakan serius berikutan banjir kilat.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]