Fenomena tudung RM0.60 sen di Mydin

in Uncategorized by


IPOH – Orang ramai, khususnya wanita di sekitar bandaraya ini tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan tudung yang dijual dengan harga serendah RM0.60 sen di pasaraya terkemuka Mydin di Meru Raya, petang tadi.


Jualan tudung dengan harga RM0.60 sen itu diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Mydin tahun ini.


Jualan yang diadakan mulai 26 Oktober hingga 31 Oktober (semalam)  itu nyata berjaya menarik kunjungan orang ramai ke pasaraya itu bagi mendapatkan tudung-tudung berkenaan.


Namun difahamkan, hanya pengunjung yang memiliki kad Meriah, berpeluang mendapatkan tudung-tudung berkenaan dengan harga RM0.60.


Jualan tudung berkenaan turut diadakan di tujuh pasaraya Mydin seluruh negara melibatkan Mydin USJ, Selangor, Mydin Gong Badak, Terengganu, Mydin Bukit Jambul, Pulau Pinang, Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Mydin Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka dan  Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan.


Rata-rata pengunjung berharap agar jualan seumpamanya dapat dianjurkan selalu kerana ia memberi peluang kepada orang ramai bagi mendapatkan pelbagai fesyen tudung dengan harga yang cukup murah.


Orang ramai juga boleh menyertai peraduan Instagram #tudung60sen dan sebarang info lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari www.mydin.com.my


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]