Kayuhan basikal terap gaya hidup sihat

in Edisi Utara by


PENDANG – Polis daerah Pendang komited menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan anggotanya dan juga komuniti sekitar daerah ini.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, kayuhan basikal pada minggu ini diisi dengan perjumpaan bersama komuniti Kampung Batu 16.


“Program kayuhan basikal ini diadakan setiap minggu melibatkan anggota polis daerah ini,” katanya.


Menurutnya, pada minggu ini, pihaknya berkayuh sambil singgah di Kampung Batu 16 bagi menemui masyarakat setempat.


“Selain daripada dapat membentuk hubungan baik pihak polis dan masyarakat setempat, ia juga dapat mendedahkan kepada penduduk kampung akan kepentingan menjaga kesihatan dan keperluan mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara tersendiri,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]