Kebakaran di kawasan lupus sampah padam sepenuhnya

in Edisi Pahang by


IJOK – Operasi memadamkan kebakaran di kawasan pelupusan sampah haram seluas kira-kira 1.2 hektar di Kampung Seri Sentosa, di sini berjaya ditamatkan petang semalam.


Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, operasi memadamkan api di kawasan terjejas dihentikan pada jam 5 petang selepas ‘spot’ yang dikenal pasti berjaya dipadam sepenuhnya.


“Setakat ini, agensi penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor melaksanakan kawalan di kawasan tapak pelupusan sampah haram terbabit.


“Tindakan kawalan ini bagi memastikan tiada lagi lori sampah keluar masuk di kawasan itu dan sekiranya masih ada aktiviti pembuangan sampah, pihak MDKS akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

 


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]