"Kenapa tidak utamakan banteras rasuah?'

in Politik by


SHAH ALAM –  PKR mendakwa Bajet 2018 tidak meletakkan keutamaan kepada pembanterasan rasuah, pembaziran dan ketirisan sebagai langkah penjimatan penting kepada perbelanjaan yang terus mengembung.


Ketua Penerangannya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, berdasarkan pengamatannya terhadap bajet berkenaan, beliau langsung tidak nampak komitmen kerajaan dalam hal itu.


Menurutnya, Pakatan Harapan sebaliknya membentangkan Belanjawan 2018 yang dengan jelas meletakkan asas prinsipnya kepada premis ini dan menolak cukai regresif GST sebagai langkah penampungan perbelanjaan negara.


“Malah dengan berani meletakkan angka RM20 bilion sebagai penjimatan daripada ketirisan dan rasuah termasuk memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri yang diketahui sangat kembung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]