Mourinho jawab mutu permainan dikritik penyokong

in Sukan by


BIAR pun menang menentang Tottenham Hotspur, namun penyokong Manchester United tetap mengkritik mutu persembahan pasukan itu.


Dalam perlawanan yang berlangsung Sabtu lalu di Old Trafford, The Red Devils menang nipis 1-0 hasil jaringan Anthony Martial, di minit ke-81.


Pengurus Manchester United, Jose Mourinho akur dengan kritikan yang diterimanya dan menilai kritikan itu adalah wajar.


“Mereka (penyokong) membayar tiket, mereka boleh melakukan apa pun yang mereka inginkan. Malah mereka juga boleh mencemuh para pemain yang seharusnya dilakukan.


“Mereka juga boleh mencemuh pengurus pasukan sendiri dan apa yang boleh saya katakan adalah mereka boleh buat apa yang mereka mahu, tiada masalah buat saya,” katanya.


Morurinho berkata, nikmatilah suasana bola sepak itu dan usahlah memberi tekanan.


Walaupun bangkit daripada kekalahan minggu lalu, United ternyata masih menerima tekanan daripada penyokong atas beberapa faktor seperti keputusan Mourinho meletakkan Marcus Rashford di bangku simpanan dan memasukkan Martial


Kemenangan atas Spurs membuat United masih berada di kedudukan kedua liga dengan 23 mata, beza lima mata daripada pendahulu Manchester City.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]