PRU14: Umno Kuantan fokus pada pengundi

in Politik by


KUANTAN – Umno Bahagian Kuantan memberi tumpuan pada pengundi dan keupayaan jentera pilihan raya parti dalam menangkis fitnah dilemparkan pembangkang terhadap  Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU14.


Timbalan Ketuanya, Datuk Seri Abd Hamid Nazahar berkata pihaknya yakin BN mampu menawan semula kerusi Parlimen Kuantan pada PRU14 menerusi dua elemen itu.


“Kami perlu fokus kepada dua aspek iaitu jentera pilihan raya dan para pengundi jika mahu merampas kembali Parlimen Kuantan.


“Perdana Menteri (selaku Pengerusi BN) Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus untuk menghadapi PRU14 dan ia hanya berkesan jika semua yang terlibat berdisiplin mengikut manual yang disediakan,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk di Kampung Ubai di sini, malam tadi.


Abd Hamid berkata jentera pilihan raya BN perlu tangkas dalam menangkis fitnah pembangkang yang banyak disebarkan bagi memastikan ia tidak mempengaruhi pemikiran rakyat.- Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]