Sukar ambil pembantu rumah tanpa ejen

in Nasional by


PERSATUAN Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menyambut baik keputusan kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.


Bagaimana pun, menurut Presidennya, Jeffrey Foo, kerajaan Malaysia perlu menyelesaikan masalah undang-undang pembantu rumah asing terlebih dahulu.


“Seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2018, ia adalah langkah yang boleh dilaksanakan.


“Cuma bagi negara terbabit, mereka juga ingin pastikan keselamatan rakyat mereka yang menjadi pembantu rumah di negara kita. Ini perlu disedari kerajaan kita,” katanya kepada China Press.


Menurut beliau, buat masa ini, kos keseluruhan membawa masuk setiap pembantu rumah dari Indonesia mencecah RM16,000 hingga RM18,000. Daripada jumlah itu, 70 hingga 80 peratus adalah bayaran untuk ejen di Indonesia.


“Dengan kata lain, sekiranya majikan dari Malaysia ingin mendapatkan pembantu rumah asing tanpa bantuan ejen tempatan, mereka tetap akan dikenakan bayaran oleh ejen dari negara asing,” jelasnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]