Udara terus tercemar

in Global by


GENEVA – SWITZERLAND.Kepekatan karbon dioksida (CO2) pada permukaan udara telah mencatat rekod tinggi baharu, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), semalam.


“Paras karbon dioksida telah meningkat pada 2016. Purata kepekatan CO2 di seluruh dunia mencecah 403.3 bahagian per juta (ppm) berbanding 400.00 ppm pada 2015 kerana gabungan aktiviti manusia dan fenomena el Nino,” menurut agensi antarabangsa itu.


Laporan perdana tahunan agensi cuaca PBB, Buletin Gas Rumah Hijau itu turut menjejaki benua gas berbahaya di atmosfera pada era pasca perindustrian sejak 1750.


Ia mendedahkan kali terakhir bumi mengalami kadar kepekatan CO2 yang sama adalah tiga hingga lima juta tahun yang lalu ketika paras laut adalah sehingga 20 meter lebih tinggi berbanding pada hari ini.


“Tanpa pelepasan yang cepat dalam CO2 dan gas rumah hijau yang lain, kita akan menuju kepada peningkatan suhu berbahaya menjelang akhir abad ini. Ia jauh melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Perjanjian Perubahan Iklim Paris,” kata Ketua WMO, Petteri Taalas.


Persetujuan bersejarah yang diluluskan 196 negara pada 2015 kini berdepan tekanan baharu susulan keputusan mengejut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik diri daripada perjanjian itu. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]