Usul tidak percaya, Kabinet Kuwait letak jawatan

in Global by


KUWAIT CITY – KUWAIT. Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah pada Isnin mengemukakan peletakan jawatan kabinetnya susulan usul tidak percaya di parlimen, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA).


Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah menerima peletakan jawatan itu, bagaimanapun , kabinet terbabit akan meneruskan tugas penting sehingga pembentukan kabinet baharu, lapor KUNA.


Peletakan jawatan itu susulan usul tidak percaya yang difailkan 10 anggota parlimen Kuwait di Dewan Negara terhadap Menteri Negara bagi Hal Ehwal Kabinet merangkap Pemangku Menteri Penerangan, Sheikh Mohammad Abdullah Al-Mubarak Al-Sabah, kerana didakwa gagal melaksanakan undang-undang dan mematuhi bajet.


Kesemua anggota parlimen itu turut membayangkan bahawa mereka telah bersiap sedia untuk memisit anggota kabinet lain termasuk Menteri Minyak Essam Al-Marzouq, Menteri Hal Ehwal Sosial dan Buruh Hind Al-Sabeeh serta Menteri Pertahanan Sheikh Mohammed Khaled Al-Sabah.


Kuwait sering berdepan rombakan kabinet, dan yang terkini dibentuk kurang setahun lepas.-Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]