Wang PTPTN masih banyak

in Nasional by


AKIBAT kekurangan peminjam, jumlah wang pembiayaan yang dikeluarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut berkurangan sejakĀ  2015 sehingga Oktober tahun ini.


Menurut Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Prof Madya Datuk Dr Toh Kian Kok, pada tahun ini sahaja, masih banyak wang pembiayaan yang sedia diperuntukkan kepada peminjam.


“Malahan PTPTN buat masa ini sedang berusaha menambahkan jumlah wang pembiayaan kepada pemohon,” katanya kepada Sin Chew Daily.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas peruntukan yang diperoleh PTPTN dalam Bajet 2018 berkurangan kepada RM220 juta berbanding RM430 juta yang diperoleh dalam Bajet 2017.


Menurut Toh, bagi pelajar yang ingin melakukan pinjaman dengan PTPTN, mereka tidak perlu bimbang mengenai kekurangan peruntukan oleh kerajaan kepada PTPTN itu.


“PTPTN masih ada banyak wang. Pelajar tidak akan hadapi sebarang masalah untuk memohon pinjaman,” jelasnya.


Mengenai diskaun bayaran balik pinjaman itu dengan 20 peratus diskaun bagi penyelesaian penuh baki hutang, kata Toh, langkah ini pasti menarik lebih ramai peminjam melunaskan pinjaman mereka.


“Saya rasa lebih 75 peratus peminjam ingin menyelesaikan hutang mereka dengan sekali bayaran. Bagaimanapun, ada juga yang tidak mampu. Kami amat memahami keadaan mereka,” katanya.


Dalam Bajet 2018, peminjam PTPTN juga boleh mendapat diskaun 10 peratus masing-masing bagi bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki pinjaman dan bayaran balik yang dibuat menerusi potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]