Monthly archive

October 2017 - page 445

Amaran ribut petir di perairan Sarawak

in Edisi Sabah Sarawak by
Amaran ribut petir di perairan Sarawak


KUALA LUMPUR – Kejadian ribut petir yang melanda perairan Rejang, Mukah dan Bintulu di Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.


Dalam kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu menyebabkan angin kencang 50 kilometer sejam selain laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter.   


Keadaan itu yang berbahaya kepada bot-bot kecil turut dijangka di perairan Tioman, Bunguran, Reef South dan Reef North. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Imigresen tahan 15 warga asing di pusat hiburan

in Edisi Sabah Sarawak by
Imigresen tahan 15 warga asing di pusat hiburan


TAWAU – Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) Tawau menahan 15 warga asing dalam satu serbuan menerusi Ops Ikrar di sebuah pusat hiburan di Jalan Chen Fook di sini, malam tadi.


Ketua Pejabatnya  Noraini Rasi berkata mereka antara 21 individu merangkumi 17 lelaki dan 10 wanita yang diperiksa ketika serbuan itu.


“Sewaktu pemeriksaan didapati tiga lelaki dan dua wanita Indonesia serta lapan wanita Filipina gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri manakala dua lelaki Indonesia ditahan kerana salah guna pas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Menurutnya tangkapan dilakukan menurut  Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan di bawah Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963.


Noraini berkata pihaknya juga percaya premis tersebut dijadikan tempat persundalan.- Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

1 443 444 445
Kembali UTAMA