AADK laksana Program 12 Langkah

in Edisi by


MARANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang berjaya melaksanakan Program 12 Langkah melibatkan 24 orang kena pengawasan (OKP) di daerah ini, kelmarin.


OKP terbabit sedang menjalani Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti dan ia merupakan program yang dilaksanakan bagi mengembalikan semula keyakinan diri OKP.


Antara lain tujuan Program 12 Langkah berkenaan dijalankan adalah untuk membantu OKP yang sedang dalam proses pemulihan.


Dalam masa sama, turut mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil setiap ahli bagi membantu ahli lain di dalam kumpulan serta memberi mereka kefahaman tentang pemulihan secara berkelompok.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]