Angka kematian letupan transformer meningkat 14 orang

in Global by


NEW DELHI – Angka kematian akibat alat pengubah alih membekalkan elektrik (transformer) meletup di Rajasthan, di wilayah barat India pada Rabu meningkat kepada 14 orang, lapor agensi berita China Xinhua.


Sementara tujuh lagi mangsa dirawat di hospital.Letupan berlaku di kampung Khatloi, Shahpura, berhampiran Jaipur, Rajasthan, ketika orang ramai berkumpul untuk menghadiri majlis perkahwinan.


“Transformer yang tidak dikendalikan dengan sempurna itu meletup semalam, empat maut di tempat kejadian manakala 10 lagi meninggal dunia di hospital sementara 17 yang lain cedera,” kata seorang pegawai kerajaan tempatan.


Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje yang terkejut dengan insiden berkenaan, mengarahkan siasatan terpeinci dijalankan.


Kejadian itu, mencetuskan bantahan penduduk tempatan terhadap jabatan kerajaan dan pihak berkuasa yang mengendalikan bekalan.-Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]