Cemas siling sekolah terbakar

in Edisi Utara by


KUALA KETIL – Warga sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan yang sedang menunggu tamat waktu persekolahan cemas apabila siling koridor tingkat 1 bangunan sekolah itu terbakar sebelum terpadam, hari ini.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama kekuatan sebuah jentera dan lapan anggota.


“Kebakaran didapati melibatkan lampu kalimantang di bahagian siling koridor tingkat satu sekolah berkenaan dan api terpadam sebelum ketibaan pasukan bomba.


“Tiada mangsa yang dilaporkan. Pihak bomba bagaimanapun telah membuat pemeriksaan bagi memastikan api padam sepenuhnya,” katanya.


Beliau berkata operasi itu turut melibatkan sebelas anggota Pasukan Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]