ISN lantik peguam kendali kes atlet menembak

in Sukan by


INSTITUT Sukan Negara (ISN) melantik peguam untuk mengendalikan kes tuntutan mahkamah yang difailkan tiga atlet menembak kebangsaan, terhadap institut itu.


Kes tuntutan mahkamah itu difailkan Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi pada Isnin, denganmendakwa ISN menggugurkan mereka daripada Program Podium anjurannya tanpa mengikut prosedur.


ISN dalam kenyataan ringkas hari ini  berkata, berikutan pelantikan peguam  itu, institut berkenaan menyerahkan perkara itu untuk ditentukan mahkamah.


“Dengan ini, ISN berhasrat untuk mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen supaya tidak prejudis kepada proses mahkamah, melainkan jika perlu,” menurut kenyataan itu.


Februari lepas, ISN menggugurkan tiga atlet menembak itu daripada Program Podium, direka khas bagi atlet berprestasi tinggi yang berupaya memenangi pingat di Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Dunia, atas alasan prestasi lemah. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]