Kami bukan pasukan pilihan

in Sukan by


PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) menyifatkan  mereka bukan pasukan pilihan menjelang aksi final Piala Malaysia pada Sabtu ini.


Ketua Jurulatihnya, Ulisses Morais berkata, semua sedia maklum bahawa pasukan JDT tidak mempunyai bajet yang sebegitu banyak seperti tahun 2016.


“Bajet pada tahun ini lain. Tetapi apa yang kami miliki dan apa yang kami capai pada tahun ini cukup untuk membuatkan kami berpuas hati.


“Apa-apa pun kami pergi sebagai bukan pasukan pilihan,” petik kenyataannya di Facebook Johor Southern Tigers.


JDT bakal berdepan juara bertahan Piala Malaysia, Kedah FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]