Kampung Orang Asli Guntur dilanda banjir kilat

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


KUALA PILAH – Hujan lebat sejak jam 3 petang tadi menyebabkan Kampung Orang Asli Guntur, Batu Kikir di sini dilanda banjir kilat setinggi 1.2 meter.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.08 petang.


“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Guntur.


“Sehingga kini satu pusat pemindahan dibuka di dewan orang ramai Kampung Guntur yang menempatkan 92 orang terdiri dari 23 keluarga.

Mangsa terlibat dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Guntur.


‘Bagaimanapun, air telah surut sepenuhnya pada jam 6.40 petang dan kebanyakan kaum lelaki telah pulang ke rumah untuk melakukan kerja pembersihan manakala wanita dan kanak-kanak masih ditempatkan di pusat pemindahan,” katanya.


Beliau berkata, selain anggota bomba, turut terlibat dalam tugas-tugas membantu adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]