Kerusi roda elektrik untuk Amir

in Edisi by


KOTA BHARU – Kegembiraan jelas terpancar di wajah remaja OKU, Muhammad Amir Mustaqim Mohd Adnan, 15, apabila menerima kerusi roda elektrik sumbangan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di Dewan Beta, kelmarin.


Meskipun tumbesarannya terbantut tidak seperti kanak-kanak lain setelah menghidap jangkitan kuman di kaki, dia tetap lincah walaupun telah menjalani pembedahan beberapa kali sehingga kedua belah kakinya dipotong.


Bapanya, Mohd Adnan Abdul Ghani, 43, berkata, sebelum ini Amir hanya menggunakan kerusi roda manual dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan tangannya.


“Nampak agak payah tapi semangatnya tak pernah hilang. Amir juga tidak pernah menunjukkan dia berputus asa,” kata pesara tentera itu yang telah berpencen dua tahun lalu.


Menurutnya, dia menguruskan sepenuhnya keadaan anaknya itu dan turut dibantu isteri Marniwati Hassan, 42, yang merupakan suri rumah separuh masa.


“Mujurlah dengan bantuan kerusi roda elektrik dari JHEV dapat membantu melancarkan pergerakannya dan saya amat bersyukur di atas bantuan ini,” katanya.


Sementara itu Pengarah JHEV Negeri Kelantan & Terengganu, Mejar Muhd Aman Shah Alia berkata, sumbangan itu sebagai salah satu bantuan yang disalurkan pihak JHEV untuk pesara.


“Ini merupakan satu bentuk bantuan yang diberikan kepada pihak yang memerlukan dan kita juga turut menjaga kebajikan golongan pesara,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]