Kisah peribadi tidak ganggu tumpuan Syafiq

in Sukan by


PENYERANG muda Kedah, Syafiq Ahmad mengakui tidak sabar menanti tirai Final Piala Malaysia 2017 bertemu JDT dibuka di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.


Walaupun dihimpit dengan kisah beliau dikaitkan dengan pasukan selatan itu pada musim hadapan, namun ia langsung tidak menganggu fokusnya pada sesi latihan kerana misi beliau jelas mahu membantu Kedah mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia buat dua kali berturut-turut.


Menurutnya, pentas perlawanan akhir adalah impian buat semua pemain untuk turun beraksi dan bersedia memberikan komitmen sepenuhnya sekiranya diturunkan pada perlawanan tersebut.


“Jika diturunkan pada final bertemu JDT, saya tidak mempunyai masalah untuk membuktikan dan memberikan yang terbaik.


Setiap pemain apabila berada di peringkat final ini masing-masing mahu mendapatkan Piala Malaysia untuk pasukan dan diri sendiri, Inshaallah jika ada rezeki kita akan cuba untuk membawa sekali lagi piala itu ke Kedah bagi musim 2017,” katanya kepada Sinar Harian.


Selain penyokong setia yang sering berada di belakangnya, keluarga beliau juga merupakan antara tunjang utama di dalam menyokong dan memberikan semangat kepadanya untuk memberikan terbaik sebagai seorang pemain bolasepak hari ini.


Penyerang kebangsaan bawah 22 tahun itu merupakan antara tonggak pada separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 bertemu Felda United apabila membantu Hijau Kuning mengatasi lawan 2-0 pada perlawanan berkenaan.


Beliau berjaya mengalas tugas sebagai penyerang dengan baik mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ken Ilso Larsen yang cedera tumit kanan.


Tambah Syafiq, beliau masih terus mahu menambah koleksi piala buat dirinya dan tidak akan mempersia-siakan beraksi pada pentas final itu.


Pemain kelahiran Sungai Ara Pulau Pinang ini mula menyertai skuad utama Kedah pada 2015 dan berjaya membantu pasukan menjulang Piala Liga Perdana diikuti Piala Malaysia (2016), Piala Sumbangsih (2017) dan Piala FA (2017).


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]