Koperasi sekolah pamer potensi

in Edisi by


TAIPING – Gerakan koperasi sekolah telah menunjukkan potensi cemerlang dalam perniagaan sehingga melepasi perolehan jualan RM1 juta.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata,  aktiviti koperasi sekolah juga kini pelbagai serta menjurus kepada bidang yang berdaya saing seperti pertanian, perkhidmatan, pelancongan dan penjagaan diri berbanding hanya produk kepenggunaan 10 tahun lalu.


Menurutnya, beberapa koperasi sekolah seperti Koperasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang;  Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan dan Koperasi MRSM Kubang Pasu, Kedah mencatat perolehan lebih RM1 juta setahun.


“Koperasi sekolah jelas mempunyai prospek yang luas untuk berjaya dalam perniagaan sekiranya bijak merebut peluang-peluang yang sesuai dengan keperluan sekolah, murid-murid dan guru-guru.


“Koperasi sekolah adalah platform yang paling tepat dalam melahirkan¬† usahawan muda dalam kalangan murid,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2017, di sini, malam tadi.


Teks ucapan Hamzah dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr. Noor Zari Hamat.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]