Pembantu kedai makan didakwa liwat pelajar, rakam video

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai makan didakwa meliwat seorang pelajar lelaki tingkatan tiga serta merakamkan aksi seks tersebut untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.


Tertuduh, Mohamad Fahami Ramli, 25, bagaimanapun mengaku tidak salah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan meliwat iaitu mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat remaja berkenaan, 15, tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Taman Hadhari Paka, Dungun, lebih kurang jam 2.30 petang, pada akhir Ogos lalu.


Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun, lebih kurang jam 12 tengah malam, pada pertengahan September lalu.


Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.


Bagi pertuduhan seterusnya, tertuduh turut didakwa menghasilkan pornografi kanak-kanak dengan merakam video aksi hubungan seks di antara tertuduh bersama mangsa, di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun, lebih kurang jam 12 tengah malam, pada pertengahan September lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan tidak kurang enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala tertuduh diwakili peguam bela Zulbashah dari Hayyatuddin & Co.


Sejurus pengakuan tidak salah tertuduh direkodkan, Azman menetapkan 21 November depan sebagai sebutan semula kes serta keputusan sama ada ikat jamin ditawarkan atau sebaliknya.


Selain itu, di dua lagi Mahkamah Sesyen berasingan di sini, tertuduh berdepan sembilan lagi pertuduhan meliwat mangsa dan satu pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa iaitu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]