Pencuci kereta didakwa bunuh sepupu

in Semasa by


TEMERLOH – Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang peniaga kedai makan yang juga sepupunya pada 21 Oktober lalu.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Irmawathy Mohamad Yusof di hadapan Majistret Najwa Hashim kira-kira jam 9 pagi tadi.


Tertuduh didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Robiatul Ain Mohamod 27, pada 21 Oktober 2017 antara jam 8.30 hingga 9 malam di dalam rumah nombor 23 Jalan Temerloh Makmur 3, Taman Temerloh Makmur di sini.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]