Penyokong Lang Merah, Harimau Selatan eratkan ukhuwah

in Sukan by


SUKAN khususnya merujuk permainan bola sepak sebenarnya medan kepada mana-mana penyokong untuk mengeratkan perhubungan tanpa ada rasa keraguan, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.


Mutakhir ini, ada sahaja berita negatif yang menghiasi dada akhbar tempatan mengenai sikap kurang baik ditunjukkan segelintir penyokong sama ada bertandang ke tempat lawan atau sebaliknya.


Bagi tujuan itu, Kelab Peminat Bola Sepak Kedah (PBK) dan Kelab Penyokong Bola Sepak JDT (KPBJDT) telah bertemu bagi membuktikan bahawa sukan adalah ‘gelanggang’ perdamaian dan bukan mencari musuh.


Presiden Kelab PBK, Fazli Mansor berkata hubungan rapat antara kedua kelab peminat melambangkan persahabatan terjalin sejak beberapa tahun sebelum ini.


“Inikan bola sepak untuk dinikmati oleh pemain termasuk kepada penyokong. Marilah kita buang perasaan iri hati, permusuhan yang merosakkan imej penyokong bola sepak.


“Sebaliknya kita rapatkan silaturahim, hubungan yang baik dan kerjasama antara kedua dua penyokong dan kita perlu hormat menghormati apabila bertandang ke stadium masing-masing,” katanya.


Timbalan Presiden KPBJDT, Mohd Fadzli Sapie yakin hubungan baik yang terjalin antara kedua penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat diteruskan dalam suasana penuh bersemangat pada aksi di final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]