Qatar Airways akan tawar 25 destinasi baharu

in Bisnes by


QATAR Airways akan menawarkan penerbangan ke 25 destinasi​​​​​​​ baharu menjelang  akhir 2018 sebagai usaha pengembangan berterusannya di peringkat dunia.


Naib Presiden Asia Pasifik, Jared Lee berkata operasi Qatar Airways kini​​​​​​ menggunakan kumpulan lebih 200 pesawat moden serta memberi khidmat penerbangan kepada lebih 150 destinasi peniagaan dan pelancongan utama merentasi Eropah, Asia Barat, Afrika, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Selatan.


“Kami akan terus menambah laluan dengan destinasi menarik baharu tahun depan, termasuk Helsinki (Finland), Adana (Turki), Sarajevo (Bosnia and Herzegovina), Prague (Republik Czech) dan St. Petersburg (Rusia),” katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.


Beliau berkata demikian selepas pengumuman mengenai penerbangan terus tiga kali seminggu Qatar Airways bagi destinasi Doha-Pulau Pinang menggunakan​​​​​​​ pesawat Boeing 787 Dreamliner mulai 6 Feb, 2018.


Lee berkata, penerbangan terus Doha-Pulau Pinang dijadualkan pada Selasa, Khamis dan Sabtu.


“Ini akan menjadi pintu masuk kedua ke Malaysia selepas kami melancarkan penerbangan tiga kali sehari ke Kuala Lumpur pada Disember 2001,” katanya.


Sementara itu, sebagai sebahagian pengembangan Qatar Airways, Lee berkata, syarikat penerbangan itu mengumumkan penerbangan ke Krabi (Thailand) serta Ho Chi Minh dan Hanoi (Vietnam) masing-masing mulai Disember 2017 dan Januari 2018 baru-baru ini.


“Kami juga akan melancarkan perkhidmatan ke Chiang Mai, Thailand untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi destinasi Asia Tenggara daripada ejen pelancongan,” katanya.


Mengenai kebimbangan berikutan konflik Teluk yang berterusan melibatkan Qatar, Lee berkata syarikat penerbangan itu tidak menawarkan penerbangan ke empat negara iaitu Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir.


“Selain daripada (negara) itu, perniagaan kami adalah seperti biasa. Seperti yang anda saksikan, kami​​​​​​​ sedang mempercepatkan pelan perluasan kami,” katanya.


Sementara itu dalam kenyataan, Qatar Airways berkata perolehannya meningkat 10.4 peratus pada​​​​​​​tahun fiskal 2017 (1 April, 2016 hingga 31 Mac, 2017), dengan keuntungan meningkat 21.7 peratus berbanding tahun.


Sempena ulang tahun ke-20 syarikat penerbangan itu, Lee berkata, Qatar Airways menawarkan promosi jualan bagi dua tiket kelas perniagaan pada harga satu tiket serta tiga tiket kelas ekonomi dijual pada harga dua tiket, mulai 1 hingga 10 Nov, 2017 untuk tempoh penerbangan sehingga 31 Okt, 2018. – Bernama




 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]