Seberang Perai perlu dua sekolah Cina

in Edisi Utara by


SHAH ALAM – Kerajaan sepatutnya membina dua sekolah rendah Cina baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang berikutan peningkatan jumlah penduduk di daerah itu.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap, Kementerian Pendidikan memahami keperluan penduduk Seberang Perai, lebih-lebih lagi pusat perabot Ikea bakal dibuka di situ pada tahun depan.


“Sekiranya boleh, kerajaan negeri meminta dua sekolah rendah Cina, kalau tidak boleh, sebuah pun tidak ada masalah,” kata Guan Eng seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa 10 sekolah Cina baharu akan dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina di negara ini.


Lima sekolah baharu akan dibina di Selangor, manakala lima lagi di Johor.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]