Tak tahan bau busuk sampah

in Edisi Selangor KL by


PUNCAK ALAM – Tidak sanggup berdepan bau busuk dan pemandangan kotor dipenuhi sampah, penduduk di Jalan berhampiran Tapak Pasar Tani Puncak Alam memohon isu kebersihan diberikan perhatian.


Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 7 Puncak Alam, Mohd Razib Mohd Talib menjelaskan, isu bau busuk dengan timbunan sampah sudah berlarutan sejak enam bulan lalu.


Menurutnya, sampah pukal dan domestik yang dibuang di kawasan ini sewenang-wenangnya tanpa kawalan menyebabkan gangguan bau busuk dan lalat yang banyak.


“Saya difahamkan lebih enam bulan tong sampah diletakkan di kawasan berhampiran rumah kami dan bau memang busuk. Gagak pun banyak cari makan dekat situ.


“Waktu malam pun banyak anjing liar cari makan di kawasan timbunan sampah dan hanya kami yang terpaksa menanggung semua derita ini sedangkan ada kawasan lain yang lebih sesuai,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]