Tiket habis tak sampai sejam!

in Sukan by


10,000 tiket final Piala Malaysia 2017 untuk penyokong Kedah habis dijual dalam masa 45 minit di Stadium Darul Aman sebentar tadi.


Sebanyak empat kaunter yang dibuka bermula jam 9 pagi itu mula dipenuhi oleh penyokong sejak Subuh lagi.


Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar mengesahkan perkara tersebut.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]