Disaman atlet: ISN sedia berunding di luar mahkamah

in Sukan by


INSTITUT Sukan Negara (ISN) bersedia untuk berunding di luar mahkamah berkenaan isu saman yang difailkan oleh tiga atlet menembak negara terhadap agensi berkenaan.


Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, pihaknya telahpun melantik peguam untuk menyelesaikan perkara berkenaan.


“Kita akan tunggu nasihat daripada peguam kita. Sekiranya mereka (atlet menembak) mahu selesaikan di luar mahkamah, Alhamdulillah.


“Tapi kita hendak melihat juga benda apa yang ingin diselesaikan itu. Takkan kita akan setuju terus dengan apa yang mereka cadangkan,” kata Abdul Azim dalam sidang akhbar selepas pelancaran Program Inisiatif Khas Pendidikan Berterusan Kursus Sains Sukan Tahap Satu anjuran ISN dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Dewan Perdana, ISN, Bukit Jalil.


Pelancaran program berkenaan dirasmikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah MansorĀ  yang juga penaung Yakeb.


Pada Isnin lepas, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi memfailkan saman bagi membersihkan nama mereka di Mahkamah Kuala Lumpur dengan menamakan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai defendan tunggal.


Kes membabitkan tiga atlet menembak ini bermula selepas mereka digugurkan daripada Program Podium pada Februari lalu atas alasan prestasi tidak menyerlah.


Ia berlarutan apabila Nur Ayuni Farhana dan Muslifah disingkirkan daripada skuad menembak ketika temasya Sukan SEA Kuala LumpurĀ  kerana dilabelkan sebagai tidak berdisiplin. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]