Ducati Malaysia yakin dengan 2018

in Bisnes by


NEXT Bike Sdn Bhd, yang juga dikenali sebagai Ducati Malaysia, merancang untuk melancarkan barisan produk yang menyeluruh, merangkumi barangan dan perkhidmatan Ducati pada 2018.


Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, syarikat itu telah mengambil pelbagai langkah bagi mempromosikan jenama Ducati di peringkat domestik termasuk ratusan aktiviti dan tunggangan.


“Kami tidak sabar-sabar untuk rancangan kami yang hebat pada 2018 dan seterusnya, dan saya yakin kami akan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


SM Faisal berkata, syarikat akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk meluaskan rangkaian pengedarannya bagi memastikan keuntungan perniagaan, dan pada masa yang sama, meningkatkan pengalaman pelanggan melalui kemudahan dan aktiviti Ducati yang dirancang.


Syarikat berkenaan juga menyatakan rancangan untuk menurunkan harga runcit motosikal Ducati sambil mengekalkan taraf eksklusif jenama tersebut. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]