Liverpool hidup peluang ke kelompok 16 terakhir

in Sukan by


LIVERPOOL menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Maribor 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.


The Reds menampilkan aksi garang sejak awal permainan, namun Maribor mempamerkan sikap degil untuk memaksa babak pertama berkesudahan tanpa jaringan.


Menyedari hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang ke kelompok 16 pasukan terakhir, Liverpool memperkemaskan permainan di babak kedua dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-49 menerusi Mohamed Salah.


Kuda tua Reds, James Milner menjadikan kedudukan 2-0 m-64, sebelum Daniel Sturridge nelengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah m-90.


Tambahan tiga mata itu memastikan Liverpool menguasai saingan Kumpulan E dengan lapan mata dari empat perlawanan.


Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini berkelebihan satu mata berbanding pencabar terdekat, Sevilla.


Awal pagi tadi, Sevilla mengalahkan Spartak Moscow 2-1.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]