Penjara setahun, langgar syarat pengawasan

in Edisi by


PASIR MAS – Seorang orang kena pengawasan (OKP) berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas dijatuhkan hukuman satu tahun penjara kerana melanggar syarat pengawasan.


Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Izuddin Mohd Shukri selepas OKP terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas, di sini, kelmarin.


Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa AADK Kelantan, Mohd Rusdi Mahmood.


Manakala tertuduh yang berumur 26 tahun tidak diwakili peguam.


Ketua Pegawai AADK Daerah Pasir Mas, Mazlan Idris berkata, OKP terbabit didakwa mengikut Seksyen 6(2)(c) Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983 pindaan 1998.


“Tertuduh ditahan dan didakwa kerana sengaja melanggar syarat pengawasan dikeluarkan mahkamah ke atas tertuduh sebelum ini yang wajib dipatuhi sepanjang tempoh pengawasan,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]