Promosi hebat buku kanak-kanak

in Nasional by


SHAH ALAM – Potongan harga sehingga 20 peratus menanti pengunjung yang mahu mendapatkan Buku Cerita Bergambar Didi & Friends, Animasi Islamik Omar & Hana serta buku Solat Bersama Ummi 3D  (Augmented Reality) di Jualan Gudang Akhir Tahun 2017 di Kumpulan Media Karangkraf, di sini.  


Lebih istimewa, pengunjung yang memiliki kad VIP Karangkraf boleh menikmati potongan harga sehingga 25 peratus.


Editor Kids Prima, Ismawannie Ismail berkata, sejak hari pertama penganjuran jualan gudang, buku kanak-kanak dilihat mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung berikutan promosi yang diadakan.


“Alhamdulillah, sambutan sangat bagus, khususnya daripada ibu bapa yang mencari bahan bacaan untuk anak-anak mereka.


“Kita tawarkan harga menarik pada jualan gudang kali ini. Bagi Buku Cerita Bergambar Didi & Friends misalnya, harga ditawarkan hanya RM13 berbanding harga asal RM15, manakala untuk buku Solat Bersama Ummi 3D hanya berharga RM17 berbanding harga asal RM20,” katanya.


Menurutnya, dengan pembelian buku cerita animasi berkenaan, pembeli boleh memuat turun aplikasi AR Didi & Friends PlayBook secara percuma di Google Play dan Apple App Store.


“Buku ini berkonsepkan bahan bacaan interaktif dengan slogan baca, belajar dan bermain. Kanak-kanak boleh belajar sambil bermain dengan aplikasi AR.


“Menariknya, buku ini turut dilengkapi sistem bunyi, sekali gus menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan,” katanya.


Selain buku bergambar, Ismawannie berkata, jualan gudang kali ini juga menawarkan promosi jualan poster tiga dimensi untuk animasi Islamik Omar & Hana.


Jelasnya, poster 3D AR Omar & Hana itu, mempunyai 20 siri dalam dua saiz berbeza pada harga RM5.30 bagi saiz kecil dan RM7.40  saiz poster lebih besar.


“Ibu bapa hanya perlu memuat naik aplikasi Omar Hana Plus di telefon pintar untuk melihat hasil 3D di setiap isi kandungan poster ini.


“Selain itu, terdapat pelbagai lagi buku kanak-kanak yang dijual dengan pakej harga menarik, antaranya 12 buku dengan harga RM10 sahaja,” katanya.

Peminat majalah Mingguan Wanita ini tidak melepaskan peluang mendapatkan keluaran terkini dengan harga promosi.


Jualan Gudang Akhir Tahun 2017 yang berlangsung sejak 27 Oktober lalu hingga 5 November ini, menawarkan potongan harga hingga 70 peratus.


Pengunjung juga boleh menikmati potongan harga buku dan majalah dengan harga serendah RM1 sepanjang 10 hari penganjurannya.


Selain tawaran harga runtuh, pelbagai bahan bacaan lain seperti buku akademik, al-Quran, novel pelbagai genre dan buku pojok turut dijual.


Berbeza penganjuran sebelum ini, pengunjung boleh memilih bahan bacaan dengan lebih selesa berikutan lokasinya yang diubah ke dalam bangunan Karangkraf dan turut dilengkapi pendingin hawa.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]