Spurs jinakkan Real Madrid 3-1

in Sukan by


TOTTENHAM Hotspur merakam kemenangan meyakinkan apabila menjinakkan gergasi Eropah Real Madrid 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, awal pagi tadi.


Kemenangan itu membolehkan Spurs meluncur ke peringkat kalah mati.


Dalam pertemuan itu, Dele Ali muncul wira Spurs apabila meledak dua gol, satu lagi gol tuan rumah disumbat Christian Eriksen.


Real pula sekadar memperolehi gol saguhati menerusi Cristiano Ronaldo.


Berbaki dua perlawanan, Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu kini mengungguli saingan Kumpulan H dengan 10 mata.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]